Monday, March 8, 2010

3 QUL, SURAH YUSOF & AYAT SERIBU DINAR

Ada 1 perkara yang aku tak pernah miss bila keluar rumah, baca surah Al-Fatihah, Ayatul Qursi dan 3 Qul. Inilah beberapa ayat suci mudah yang aku amalkan since aku belajar kat Uitm dulu. Niat aku lebih kepada pendinding diri, semoga terlindung daripada perkara-perkara yang tak elok di luar sana. Nak baca ayat pelindung diri yang biasa dibaca oleh fatimah anak Rasullah S.A.W, I never have time to memorize it. Jadi, yang mudah inilah yang aku cuba amalkan. Aku tak pernah terfikir apa natijahnya dengan mengamalkan surah-surah ni sampai la penyakit baru yang orang panggil selesema babi or H1N1 came to show their hell. Aku ingat lagi, virus tu mula menyerang masa aku preganant almost 7 months. Takut memang takut, sebab pregnant woman termasuk dalam category yang berisiko tinggi untuk dapat jangkitan. Tambah pulak, ada kenalan yang hampir dengan aku di ofis terpaksa di kuarantin sebab anak and baby-nya yang baru beberapa bulan adalah suspect H1N1. Takutkan!
Usia kandungan 7 bulan, aku balik kampung untuk buat kenduri doa selamat. Habis je kenduri, aku duduk bersembang dengan mami and husband di meja makan. Mami suruh aku jaga my pregnancy, jangan keluar rumah kalau takda urusan penting... takut dapat jangkitan. And then, dia suruh aku amalkan 3 Qul. Katanya, amalan ni dapat mengelakkan penyakit or menyembuhkan penyakit (dengan niat). Masa tu barulah aku tahu, hikmahnya mengamalkan ayat-ayat lazim nih! No wonderlah aku jarang demam atau jatuh sakit. Sick leave aku selalu terbuang macam tu jek, tak digunakan. Insya-Allah aku akan cuba terus amalkan.
Mami memang rajin menitipkan surah atau ayat Al-Quran yang pendek-pendek untuk anak-anak dia amalkan. Terpulang kepada anak-anak untuk amalkan atau tidak. Ada beberapa lagi surah yang dititipkan buat aku separti petikan daripada surah yusof ayat 4 yang membawa maksud; ketika Yusuf berkata kepada bapanya, Ya'kub; Hai bapaku! Sesungguhnya aku bermimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan, semuanya kulihat sujud kepadaku. Selain itu ayat seribu dinar dan juga surah Al-Imran ayat 31 juga turut aku jadikan amalan. Seribu dinar itu sebagai doa supaya dimurahkan rezeki. Alhamdulillah rezeki murah selalu dan tak pernah dalam kesempitan. Tapi surah Al-Imran itu aku lupa apa khasiatnya. Tak kisahlah selagi ia sesuatu yang baik, tak rugi bukan! Yang tinggal aku belum sempat amalkan sebab culas untuk menghafal ialah surah tahaa, ayat 1-6. Ini mujarab sebagai doa pelembut hati, elok kalau dibacakan pada anak-anak kita yang sedang membesar supaya lembut hati dan mendengar kata. Dan satu lagi amalan arwah tok yang dah ke rahmatullah yang sempat dititipkan buat aku ialah surah Al-Imran ayat 200. Katanya, surah ini juga sebagai pelembut hati. Pengalaman arwah tok ketika di tanah suci, dengan membaca surah ini penjaga Hajaratul Aswad di tanah haram itu membuat jalan laluan kepadanya supaya dapat mengucup batu hitam tersebut. How lucky she is! Antara berjuta-juta orang yang berebut-rebut, dia insan terpilih. Tiada yang mustahil dengan ayat-ayat Allah, bukan!

No comments:

Post a Comment

Post a Comment