Monday, November 22, 2010

OUR 2ND ANNYVERSARY... SURPRISE!!!

Hari ni off-day bersempena kelahiran Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Bangun pagi, aku duduk mengadap kain cotton yang aku beli last saturday, untuk buat tilam katil Haziq rayyan. Lima meter semuanya, lepas gunting dapat la buat satu tilam and lima bantal. Balance-nya, aku potong untuk buat bantal sofa. Aku niat nak mula buat sikit-sikit barang keperluan sebelum naik rumah awal tahun depan, insyaALLAH.
Memandangkan aku ni bukan specialist dalam bab gunting-menggunting ni, dari pagi sampai petang aku mengadap benda itu. Almaklumlah, tak boleh nak focus. Dalam masa yang sama, mana nak melayan si kecil Haziq Rayyan, mana lagi nak melayan baby besar (Abi haziq rayyan lar);P Makan pakai semuanya nak kena buat, nak kena jaga. Kalau cuti, jangan mimpi boleh duduk saja goyang kaki, alamat rumahtangga tak terjaga.
Malam; aku continue kerja. Kemas baju (yang abi tolong lipat siang tadi) dalam almari. Sambil-sambil, aku dialed no. phone mami untuk tanya khabar. Alhamdulillah, semua sihat. Tapi yang nampak macam tak sihat malam ni, husband aku. Keluar masuk bilik, tak tau cari apa.
"Abang cari apa?"
"Cari ayang punya mask tido. Kat mana ayang letak yek?"
"Nak buat apa, tak pernah-pernah nak pakai".
"Hmmm,.."
Keluar bilik.
Tak sampai seminit, masuk semula.
"Anak nangis. Pergi tengok dia"
"Aik, anak nangis, awak tak boleh tengok sekejap ke?" Dah hot sikit ni.
"Pergila sekejap" Terdengar mak mertua pun ada sebut-sebut nama aku.

Aku yang tak berapa nak faham ni, keluar jelah. Ai, apasal gelap gelita ni. Patutla Haziq Rayyan nangis, takut gelap rupanya. Abi tiba-tiba tutup mata, bawa aku ke dapur. Dalam kepala, aku mencongak-congak, ada something special ke todate. Aku dah tahu!

Abi lepaskan mata aku, then I saw our 2ND ANNIVERSARY cake! Kali ni, kami TRIO potong cake, together with Haziq Rayyan. What a sweet surprise!

Saturday, November 20, 2010

RAYYAN'S BIRTHDAY,.. 1st YEAR TO BE! versi PAHANG






Aidil Adha tahun ni, Nov 17, aku sekeluarga sambut di Kampung Sentosa, Maran, Pahang. Dah kahwin, kenalah take turn kan, kalau tak pun main oo som! haha.. Itu pun cuti 3 days jer... mana cukup. Anyway, Alhamdullilah, dapat jugak sambut raya korban after missed last year raya... pasal annual leave dah habis;(
Two days before raya, aku called Mami untuk tolong tempahkan cake birthday. Last minute punya kerja, so hasilnya tak seperti yang aku imagine kan. Idea cake datang daripada aku sendiri. Perasa, Mami yang pilih. Tapi lupa nak bagitau color apa and kat mana letak duduknya decoration tu sepatutnya. Apapun, hasilnya tetap memuaskan... 1st birthday cake for Haziq Rayyan... is Blueberry. Pagi-pagi lepas solat raya, aku and Qadir (adik bongsu) pergi ke bengkel cake kampung untuk ambil tempahan. Bengkel ni kepunyaan isteri seorang guru, Cikgu Rosli kalau tak silap namanya. Isteri dia buka kelas untuk belajar buat cake and ambil tempahan. Yang pasti, homemade cake dia memang sedap dan lembut.
Haziq Rayyan birthday actually fall on Dec 1st. Tapi, aku suka nak share kegembiraan aku celebrate dengan Tok and Aki Haziq Rayyan. Almaklumlah, cucu sulong dalam family. So, hari raya pertama berlangsunglah birthday 1st YEAR to BE untuk Haziq Rayyan. Serba sederhana, cuma sedara-mara sahaja yang dijemput. Walaupun just sudden event, Pak Teh and mak Teh Rayyan (Adikku yang ketiga) sempat juga belikan present untuk birthday boy. T-shirt, overall, pistol buih and walkie talkie. Tapi, yang lenjan main Abi and Ayah Su Rayyan...ialah, masa diorang kecik kan, benda ni semua mana ada lagi;)
Hmmm, ada spoil sikit la. Time nak potong cake tu la pulak dia boleh merengek nak tidur hehe! Biasala, budak-budak... mana boleh kurang tidur. Lepas potong cake, aku jamahkan sikit ke mulut Rayyan. Mana tau, one day dia boleh remind aku balik, "Umi, my 1st birthday cake Blueberry, kan?". Hahaha...