Wednesday, January 5, 2011

Alhamdulillah, I was given a chance to live for a new year 2011. Nice number, and great joy and victory waiting me ahead… hopefully.

2010 is my last twenties. Selepas ni, saya akan masuk ke usia dewasa… 30-an hmm, muahaha! Angka semakin bertambah, usia makin meningkat… tapi jangan salah faham. I’m not afraid of getting older. Cuma, rasa sikit ketinggalan sebab banyak lagi cita-cita, harapan dan doa yang belum terlaksana. Saya tak salahkan sesiapa dalam soal ni, sebab saya tahu saya kurang berusaha (mungkin tak berkesempatan) untuk buat semua tu.

MY sarjana

This is MUST DO list dalam senarai hidup saya. Setakat ni, apa yang saya buat just survey… survery… and servey. Mana nak pergi, course apa yang best, budget untuk study cukup tak… bala…bla... Oh, please I wont end up my life just with degree in hand. Knowledge is PRIDE, right?

MY career

Yes, I have a JOB now! But, not CAREER. It ‘s 2 different things. Well, I used to treat my current work as career before. Tapi, itu dulu. Sekarang, hmmm… susah sikit. I’m a bit conventional, family oriented type. Dengan workload yang tak pernah habis tu, it’s turn to be burden. Balik rumah dah malam, masa yang saya spend-kan untuk Haziq Rayyan pun terbatas. Kesiankan!
What changed me? Abah saya la. I still remember his advice “Besar pahalanya cari rezeki untuk membesarkan anak-anak.” Since the time, I always motivate myself to always feel great with what I had, and looking for a new challenge to build-up my own career – what is that? Confidential until it ALIVE!

MY business

Saya mula business kecik-kecik once I complete pantang anak pertama. Buah fikiran Mami and Dilah, adik kedua saya. Alhamdulillah, dengan modal just $150.00, sambutan pun very impressive, saya Nampak peluang yang baik disitu. Rezeki anak, mungkin. Cuma, E-business saya tak juga terlaksana after almost 1 year I dreamed of it. No proper planning, maybe. Takpe, saya akan carry forward this agenda for this new 2011;)



MY family

Hmm, plan saya nak tambah family terpaksa postpone for 2011. I went for operation for my 1st child due to breech. So, for my own seek, saya tukar plan sampai Haziq Rayyan 2 tahun untuk my 2nd pregnancy. Harap-harap, Allah makbulkan permintaan saya. Bukan apa, baranak cukup-cukup sementara badan tengah sihat dan mampu cari duit.

MY financial

Minyak, susu, gula and bla… bla… semua naik harga. Kalau gaji naik RM1.00 setahun(contoh saja), barang keperluan naik 3~4 kali setahun. Nak buat camana, dunia kapitalis. So, kita yang duduk di bawah dalam pyramid hidup ni kenalah double triple usaha untuk dapatkan hidup yang selesa. Sama macam saya. Lagi pulak saya baru masuk 2 tahun berumahtangga dan berkeluarga. Tengah belajar nak hidup sendiri dan usaha untuk bagi yang terbaik untuk anak-anak. Insurans, house loan, makan pakai, saving untuk years ahead, holiday, anak-anak, contingencies fund, parents… semua tu dalam senarai tanggungjawab saya.
SO, misi besar saya untuk tahun baru ni ialah cut cost… NO MORE –

1) Wayang – at least for these 2 years. Tapi boleh ke saya? Sequence Harry Potter last episode silap haribulan keluar panggung tak lama lagi;) Ahh… dugaan semua tu! Hmm… tapi untuk Harry Potter, boleh excuse kot haha!

2) Makan luar – membazirkan! So, saya akan rajin-rajinkan diri turun dapur. Tapi, seingat saya dah lama tak keluar makan luar. Melainkan kalau pergi holiday. Ok, ok… lepas ni saya akan bawa bekal sendiri untuk Abi and anak-anak untuk holiday. Sekarang family baru 3 orang, masih boleh makan luar lagi, tapi kalau 5 orang? Oh… tak boleh! Memang kena tapau. Kedekut ke saya?

3) Shopping – I love shopping. Tapi, sekarang kena make sure ia betul-betul perlu baru boleh keluar duit. So, langkah bijak baik saya tunggu ada sale. Lagipun, semenjak saya ber”status” umi ni, memang tak sempat nak shopping lagi. Mungkin sebab fikirkan keperluan anak lagi penting.

4) Fast food – ini memang tak boleh selalu. Tapi susah betul nak elak. Toleh kiri McD, toleh kanan pizza, pandang depan KFC. Nampak harga memang berpatutan, tapi tak save sebenarnya. Nasib baik selalu dapat kupon free, Nampak la jimat sikit kat situ.

My spiritual

Ini azam yang saya selalu cuba dan cuba untuk buat… memperbaiki rohani. Muhasabah diri tu kan penting untuk jadi manusia yang lebih baik dari yang sebelumnya. Tambah pulak, bila dah punya anak sendiri. Saya mesti tunjukkan contoh yang elok dan molek supaya dapat jadi ikutan kepada anak-anak. Memang manusia macam saya selalu khilaf, tapi harap-harap saya masih dan akan sentiasa di landasan-Nya.

Amin.

Monday, November 22, 2010

OUR 2ND ANNYVERSARY... SURPRISE!!!

Hari ni off-day bersempena kelahiran Sultan Johor yang baru, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar. Bangun pagi, aku duduk mengadap kain cotton yang aku beli last saturday, untuk buat tilam katil Haziq rayyan. Lima meter semuanya, lepas gunting dapat la buat satu tilam and lima bantal. Balance-nya, aku potong untuk buat bantal sofa. Aku niat nak mula buat sikit-sikit barang keperluan sebelum naik rumah awal tahun depan, insyaALLAH.
Memandangkan aku ni bukan specialist dalam bab gunting-menggunting ni, dari pagi sampai petang aku mengadap benda itu. Almaklumlah, tak boleh nak focus. Dalam masa yang sama, mana nak melayan si kecil Haziq Rayyan, mana lagi nak melayan baby besar (Abi haziq rayyan lar);P Makan pakai semuanya nak kena buat, nak kena jaga. Kalau cuti, jangan mimpi boleh duduk saja goyang kaki, alamat rumahtangga tak terjaga.
Malam; aku continue kerja. Kemas baju (yang abi tolong lipat siang tadi) dalam almari. Sambil-sambil, aku dialed no. phone mami untuk tanya khabar. Alhamdulillah, semua sihat. Tapi yang nampak macam tak sihat malam ni, husband aku. Keluar masuk bilik, tak tau cari apa.
"Abang cari apa?"
"Cari ayang punya mask tido. Kat mana ayang letak yek?"
"Nak buat apa, tak pernah-pernah nak pakai".
"Hmmm,.."
Keluar bilik.
Tak sampai seminit, masuk semula.
"Anak nangis. Pergi tengok dia"
"Aik, anak nangis, awak tak boleh tengok sekejap ke?" Dah hot sikit ni.
"Pergila sekejap" Terdengar mak mertua pun ada sebut-sebut nama aku.

Aku yang tak berapa nak faham ni, keluar jelah. Ai, apasal gelap gelita ni. Patutla Haziq Rayyan nangis, takut gelap rupanya. Abi tiba-tiba tutup mata, bawa aku ke dapur. Dalam kepala, aku mencongak-congak, ada something special ke todate. Aku dah tahu!

Abi lepaskan mata aku, then I saw our 2ND ANNIVERSARY cake! Kali ni, kami TRIO potong cake, together with Haziq Rayyan. What a sweet surprise!

Saturday, November 20, 2010

RAYYAN'S BIRTHDAY,.. 1st YEAR TO BE! versi PAHANG






Aidil Adha tahun ni, Nov 17, aku sekeluarga sambut di Kampung Sentosa, Maran, Pahang. Dah kahwin, kenalah take turn kan, kalau tak pun main oo som! haha.. Itu pun cuti 3 days jer... mana cukup. Anyway, Alhamdullilah, dapat jugak sambut raya korban after missed last year raya... pasal annual leave dah habis;(
Two days before raya, aku called Mami untuk tolong tempahkan cake birthday. Last minute punya kerja, so hasilnya tak seperti yang aku imagine kan. Idea cake datang daripada aku sendiri. Perasa, Mami yang pilih. Tapi lupa nak bagitau color apa and kat mana letak duduknya decoration tu sepatutnya. Apapun, hasilnya tetap memuaskan... 1st birthday cake for Haziq Rayyan... is Blueberry. Pagi-pagi lepas solat raya, aku and Qadir (adik bongsu) pergi ke bengkel cake kampung untuk ambil tempahan. Bengkel ni kepunyaan isteri seorang guru, Cikgu Rosli kalau tak silap namanya. Isteri dia buka kelas untuk belajar buat cake and ambil tempahan. Yang pasti, homemade cake dia memang sedap dan lembut.
Haziq Rayyan birthday actually fall on Dec 1st. Tapi, aku suka nak share kegembiraan aku celebrate dengan Tok and Aki Haziq Rayyan. Almaklumlah, cucu sulong dalam family. So, hari raya pertama berlangsunglah birthday 1st YEAR to BE untuk Haziq Rayyan. Serba sederhana, cuma sedara-mara sahaja yang dijemput. Walaupun just sudden event, Pak Teh and mak Teh Rayyan (Adikku yang ketiga) sempat juga belikan present untuk birthday boy. T-shirt, overall, pistol buih and walkie talkie. Tapi, yang lenjan main Abi and Ayah Su Rayyan...ialah, masa diorang kecik kan, benda ni semua mana ada lagi;)
Hmmm, ada spoil sikit la. Time nak potong cake tu la pulak dia boleh merengek nak tidur hehe! Biasala, budak-budak... mana boleh kurang tidur. Lepas potong cake, aku jamahkan sikit ke mulut Rayyan. Mana tau, one day dia boleh remind aku balik, "Umi, my 1st birthday cake Blueberry, kan?". Hahaha...

Thursday, September 16, 2010

FIRST RAYA WITH LITTLE ME


This is my 1st raya dengan Haziq Rayyan, the one and only son (at this moment). Perasaan fisrt time beraya dengan anak? Hmm.. seronok tapi letih jugak. Mana sibuk nak ke dapur (even im not lead in the kitchen), mana sibuk nak menyiapkan sikecil aku yang sorang nih. Plus, raya tahun ni di rumah mertua. Ramai saudara-mara yang berkumpul dan bermalam. Memang betul-betul big family...


Haziq Rayyan bangun awal pagi tu. Kami bertiga anak-beranak mengenakan baju kurung biru kehijauhan. haziq Rayyan siap melaram dengan kopiah biru lagi... so cute! Lepas semua dah balik solat raya, kami bersalam-salaman. Keliling rumah aku bersalam ari tuh, adat orang johor agaknyer, time bermaaf-maafan semua kena duduk and tunggu turn.


Dah nak ending sesi salam-salam, Haziq rayyan dah berbunyi. Fahamlah aku, dia nak tidur rupanya... Tak sempat aku nak bersantap ketupat and lepat atas meja. Masuk bilik, lepas mintak duit raya dengan my hubby, aku tidurkan dia dulu. Dan bersempena hari baik bulan baik nih, masa aku tidurkan dia, aku sempat berdoa kepada Dia yang mendengar... Semoga Dia mengasihi anakku ini sebagaimana aku mengasihinya dan sebagaimana dia mengasihiku. Doa yang aku pinjam dari Rasullulah S.A.W. yang mendoakan cucunya Hassan dan Husin.


Amin...

Wednesday, May 26, 2010

haziq rayyan dah tumbuh gigi!


Haziq Rayyan dah tumbuh gigi! Aku betul-betul excited bila nampak gigi pertama anakku ni dah mula tumbuh. Gigi bawah yang keluar dulu. Patutla dia asyik mengetap mulut je. Kadang-kadang sampai berkerut dahi, terpejam mata dia melagakan gusi yang mungkin gatal, agaknya. Habis semua towel and hangky digigitnya. Tangan uminya pun nak digigitnya bila aku memandikan dia. Hmm… so cute.

Cepatnya masa berlalu, Haziq Rayyan dah pun menginjak 5 bulan. Sekejap je kan! Sekarang, pagi-pagi lagi dia dah pandai merengek minta dibawa berjalan sebelum abi dan uminya pergi kerja. Dah pandai tengok kereta, motor and whatever objek bergerak sampai hilang dari pandangan dia. Pandai mendongak langit tengok burung terbang and pandai menegur orang bila peramahnya datang. Ketawa pun mengekek-ngekek bila bergurau dan kena geletek. Yang paling tak sangka, bila dia cuba bangun untuk duduk dalam bath tab, boleh tahan juga kuatnya. Shower time memang aktiviti yang Haziq Rayyan paling suka. Masuk umur sebulan , aku memang dah mula biasakan dia dengan air sejuk. Alhamdulillah, dia suka. Tak pernah menangis kesejukan. Sekarang, dia siap boleh senyum meleret lagi time mandi walaupun menggigil kesejukan. Pernah sekali, aku terpaksa mandikan dia pukul 5.00 pagi sebab nak keluar rumah sebelum subuh. Mudah, dia faham uminya nak cepat. Tapi, yang paling aku suka tengok bila dia senyum lebar sorang-sorangdalam tidur. Rasa sejuk hati dan mendamaikan... macam ni rupanya perasaan seorang ibu. Hmm,.. tapi apa yang dia mimpikan agaknya ye!

Saturday, March 27, 2010

MAKNA REDHA SEORANG ISTERI




Isteri, ibu dan anak... 3 peranan yang cukup berat bagi seorang perempuan. Kadang-kadang mengeluh kepenatan juga nak melaksanakan tanggungjawab besar nih. Tapi, bila terbaca satu nasihat yang dititipkan oleh Usataz Akashah (kalau tak silap, dia nih husband usatazah Baiyah), aku mula belajar something daripadanya. Dia memulakan nasihat dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, "Wanita sebagai penjaga, pengawas dan pemimpin di dalam rumah suaminya, maka dia hendaklah bertanggungjawab terhadap tugasnya ini." "Apabila seorang wanita itu telah melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara maruah dan mentaati suaminya maka diserukan kepadanya, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang kamu sukai." Kalau betul-betul faham makna dan ganjaran yang menanti di kemudian hari, boleh hilang semua letih dan penat. Banyak lagi ganjaran yang menanti bagi isteri yang berkhidmat untuk suami dan keluarganya. Antara lain yang disebut, "Mana-mana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anaknya, maka Allah tuliskan baginya setiap biji gandum yang dikisar satu kebajikan dan mengangkat baginya satu darjat." "Mana-mana perempuan yang berpeluh kerana mengisar gandum untuk suami dan anak, maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan api neraka tujuh buah parit." Kalau zaman sekarang ni, ibaratkan macam buat jemput ikan bilis ler, mana lagi nak jumpa orang yang kisar tepung. Dan peringatan yang paling best, "Mana-mana perempuan yang meminyakkan rambut anak dan menyikatkannya serta membasuh pakaian mereka, maka Allah SWT catatkan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar, dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang."



Apa yang buat aku sayu, insan yang datang dalam benak fikiran aku bila terbaca article nih ialah mami aku. Terbayang-bayang dalam kepala aku, dia duduk bersimpuh tepi tangga dapur rumah lama kami. Tangan lembut dia perlahan-lahan melumurkan minyak rambut zam-zam yang warna hijau tu ke rambut aku. Begilir-gilir kami adik beradik tunggu turn nak ikat rambut sebelum pegi sekolah. Masa tuh minyak rambut ni lah yang paling best aku pernah pakai. Sekarang... aku pulak yang lumurkan minyak kat rambut anak aku yang tak berapa nak berambut tu, dengan zam-zam jugak! Botol hijau yang penuh dengan sentimental value...

Saturday, March 13, 2010

BUKAN SEKADAR NAMA

Aku telah dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suamiku, Mohd. Nazaruddin Ithnin pada 1 Dec 2009. Aku namakan dia Muhammad Haziq Rayyan, maksudnya yang cerdik pandai si penunggu syurga. Harapan dan doa kami sebagai Umi and Abi dia, semoga dia menjadi manusia yang sebaik namanya. Bukankah perkara yang baik itu bermula dengan nama, kerana nama yang baik itu rohnya hidup dan mendoakannya. Memang hak seorang anak diberikan nama dan panggilan yang elok. Aku terbaca satu kisah pendek di zaman Khalifah Umar tentang kedatangan seorang ayah yang mengadu perihal anaknya yang derhaka. Khalifah Umar memanggil anak itu lalu memarahinya. Si anak pun menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya?" Khalifah pun menjawab, "Ada. Memilih ibu dari keturunan yang baik. Memberi nama yang baik dan mengajarnya al-Quran." Si anak segera menjawab, "Ayah saya tidak pernah melakukan demikian. Ibu saya seorang zanjiyah (bekas kulit hitam), bekas isteri kepada seorang majusi. Mereka menamakan saya Joul (lipas) dan belum pernah mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran." Setelah mendengar jawapan anak itu, Khalifah Umar berkata kepada ayahnya. "Engkau datang mengadu tentang anakmu derhaka, tetapi sebenarnya engkau telah menderhakakannya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu." Bila terbaca kisah ni, barulah aku tahu betapa pentingnya nama yang baik itu diberikan kepada anak-anak.
Tapi, bila dah letak nama yang sedap-sedap dan baik maksudnya, tangungjawab pun besar. Ingat lagi masa aku tengah tukar pampers Haziq Rayyan, abah duduk di sebelah membelek cucu sulong dia. Almaklumlah, newborn baby semuanya tentang dia kecil dan comel. Mata, mulut, hidung, jari, tangan, kaki... semuanya cute miut. Abah buka mulut, "Nama anak awak ni dah elok dah, awak jadi mak ayah dia kena ajar dia jadi sebaik nama tu". Aku just sengih aje:). Mampu ke aku...? Insya-Allah, aku mesti cuba. Memang betul kata abah, nama yang baik mesti diikuti dengan didikan yang baik. Jadi, aku sentiasa cuba menambah ilmu parenting aku. Belajar dari buku, dari pengalaman orang dan juga pemerhatian. Aku tahu bukan mudah menjaga dan mendidik anak, tambahan pula bagi isteri bekerja macam aku. Masa dan tenaga dah banyak terbuang ditempat kerja. Balik rumah, badan dah penat. Pernah juga aku mengadu dengan abah nak berhenti kerja. Tapi abah pandai psycho aku semula. Katanya, besar pahala cari duit untuk besarkan anak-anak. Hmm... sejuk sikit hati aku.
Akan aku ikhtiarkan mendidik anak (anak2) aku sebaik mungkin. Sebagaimana abah and mami mendidik aku adik beradik seadanya kami sekarang. Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan urusanku... Amin.