Wednesday, May 26, 2010

haziq rayyan dah tumbuh gigi!


Haziq Rayyan dah tumbuh gigi! Aku betul-betul excited bila nampak gigi pertama anakku ni dah mula tumbuh. Gigi bawah yang keluar dulu. Patutla dia asyik mengetap mulut je. Kadang-kadang sampai berkerut dahi, terpejam mata dia melagakan gusi yang mungkin gatal, agaknya. Habis semua towel and hangky digigitnya. Tangan uminya pun nak digigitnya bila aku memandikan dia. Hmm… so cute.

Cepatnya masa berlalu, Haziq Rayyan dah pun menginjak 5 bulan. Sekejap je kan! Sekarang, pagi-pagi lagi dia dah pandai merengek minta dibawa berjalan sebelum abi dan uminya pergi kerja. Dah pandai tengok kereta, motor and whatever objek bergerak sampai hilang dari pandangan dia. Pandai mendongak langit tengok burung terbang and pandai menegur orang bila peramahnya datang. Ketawa pun mengekek-ngekek bila bergurau dan kena geletek. Yang paling tak sangka, bila dia cuba bangun untuk duduk dalam bath tab, boleh tahan juga kuatnya. Shower time memang aktiviti yang Haziq Rayyan paling suka. Masuk umur sebulan , aku memang dah mula biasakan dia dengan air sejuk. Alhamdulillah, dia suka. Tak pernah menangis kesejukan. Sekarang, dia siap boleh senyum meleret lagi time mandi walaupun menggigil kesejukan. Pernah sekali, aku terpaksa mandikan dia pukul 5.00 pagi sebab nak keluar rumah sebelum subuh. Mudah, dia faham uminya nak cepat. Tapi, yang paling aku suka tengok bila dia senyum lebar sorang-sorangdalam tidur. Rasa sejuk hati dan mendamaikan... macam ni rupanya perasaan seorang ibu. Hmm,.. tapi apa yang dia mimpikan agaknya ye!