Saturday, March 13, 2010

BUKAN SEKADAR NAMA

Aku telah dikurniakan seorang anak lelaki hasil perkongsian hidup dengan suamiku, Mohd. Nazaruddin Ithnin pada 1 Dec 2009. Aku namakan dia Muhammad Haziq Rayyan, maksudnya yang cerdik pandai si penunggu syurga. Harapan dan doa kami sebagai Umi and Abi dia, semoga dia menjadi manusia yang sebaik namanya. Bukankah perkara yang baik itu bermula dengan nama, kerana nama yang baik itu rohnya hidup dan mendoakannya. Memang hak seorang anak diberikan nama dan panggilan yang elok. Aku terbaca satu kisah pendek di zaman Khalifah Umar tentang kedatangan seorang ayah yang mengadu perihal anaknya yang derhaka. Khalifah Umar memanggil anak itu lalu memarahinya. Si anak pun menjawab, "Wahai Amirul Mukminin, tidakkah ada hak anak ke atas ayahnya?" Khalifah pun menjawab, "Ada. Memilih ibu dari keturunan yang baik. Memberi nama yang baik dan mengajarnya al-Quran." Si anak segera menjawab, "Ayah saya tidak pernah melakukan demikian. Ibu saya seorang zanjiyah (bekas kulit hitam), bekas isteri kepada seorang majusi. Mereka menamakan saya Joul (lipas) dan belum pernah mengajar saya satu huruf pun dari al-Quran." Setelah mendengar jawapan anak itu, Khalifah Umar berkata kepada ayahnya. "Engkau datang mengadu tentang anakmu derhaka, tetapi sebenarnya engkau telah menderhakakannya sebelum dia menderhakaimu. Engkau telah merosakkan dia sebelum dia merosakkanmu." Bila terbaca kisah ni, barulah aku tahu betapa pentingnya nama yang baik itu diberikan kepada anak-anak.
Tapi, bila dah letak nama yang sedap-sedap dan baik maksudnya, tangungjawab pun besar. Ingat lagi masa aku tengah tukar pampers Haziq Rayyan, abah duduk di sebelah membelek cucu sulong dia. Almaklumlah, newborn baby semuanya tentang dia kecil dan comel. Mata, mulut, hidung, jari, tangan, kaki... semuanya cute miut. Abah buka mulut, "Nama anak awak ni dah elok dah, awak jadi mak ayah dia kena ajar dia jadi sebaik nama tu". Aku just sengih aje:). Mampu ke aku...? Insya-Allah, aku mesti cuba. Memang betul kata abah, nama yang baik mesti diikuti dengan didikan yang baik. Jadi, aku sentiasa cuba menambah ilmu parenting aku. Belajar dari buku, dari pengalaman orang dan juga pemerhatian. Aku tahu bukan mudah menjaga dan mendidik anak, tambahan pula bagi isteri bekerja macam aku. Masa dan tenaga dah banyak terbuang ditempat kerja. Balik rumah, badan dah penat. Pernah juga aku mengadu dengan abah nak berhenti kerja. Tapi abah pandai psycho aku semula. Katanya, besar pahala cari duit untuk besarkan anak-anak. Hmm... sejuk sikit hati aku.
Akan aku ikhtiarkan mendidik anak (anak2) aku sebaik mungkin. Sebagaimana abah and mami mendidik aku adik beradik seadanya kami sekarang. Semoga Allah tunjukkan jalan dan permudahkan urusanku... Amin.




No comments:

Post a Comment