Saturday, March 27, 2010

MAKNA REDHA SEORANG ISTERI




Isteri, ibu dan anak... 3 peranan yang cukup berat bagi seorang perempuan. Kadang-kadang mengeluh kepenatan juga nak melaksanakan tanggungjawab besar nih. Tapi, bila terbaca satu nasihat yang dititipkan oleh Usataz Akashah (kalau tak silap, dia nih husband usatazah Baiyah), aku mula belajar something daripadanya. Dia memulakan nasihat dengan sabda Rasulullah SAW yang berbunyi, "Wanita sebagai penjaga, pengawas dan pemimpin di dalam rumah suaminya, maka dia hendaklah bertanggungjawab terhadap tugasnya ini." "Apabila seorang wanita itu telah melakukan solat lima waktu, berpuasa di bulan ramadhan, memelihara maruah dan mentaati suaminya maka diserukan kepadanya, masuklah dari mana-mana pintu syurga yang kamu sukai." Kalau betul-betul faham makna dan ganjaran yang menanti di kemudian hari, boleh hilang semua letih dan penat. Banyak lagi ganjaran yang menanti bagi isteri yang berkhidmat untuk suami dan keluarganya. Antara lain yang disebut, "Mana-mana perempuan yang mengisar tepung untuk suami dan anaknya, maka Allah tuliskan baginya setiap biji gandum yang dikisar satu kebajikan dan mengangkat baginya satu darjat." "Mana-mana perempuan yang berpeluh kerana mengisar gandum untuk suami dan anak, maka Allah SWT menjadikan antara dirinya dan api neraka tujuh buah parit." Kalau zaman sekarang ni, ibaratkan macam buat jemput ikan bilis ler, mana lagi nak jumpa orang yang kisar tepung. Dan peringatan yang paling best, "Mana-mana perempuan yang meminyakkan rambut anak dan menyikatkannya serta membasuh pakaian mereka, maka Allah SWT catatkan baginya ganjaran orang yang memberi makan kepada seribu orang yang lapar, dan memberi pakaian kepada seribu orang yang telanjang."



Apa yang buat aku sayu, insan yang datang dalam benak fikiran aku bila terbaca article nih ialah mami aku. Terbayang-bayang dalam kepala aku, dia duduk bersimpuh tepi tangga dapur rumah lama kami. Tangan lembut dia perlahan-lahan melumurkan minyak rambut zam-zam yang warna hijau tu ke rambut aku. Begilir-gilir kami adik beradik tunggu turn nak ikat rambut sebelum pegi sekolah. Masa tuh minyak rambut ni lah yang paling best aku pernah pakai. Sekarang... aku pulak yang lumurkan minyak kat rambut anak aku yang tak berapa nak berambut tu, dengan zam-zam jugak! Botol hijau yang penuh dengan sentimental value...

No comments:

Post a Comment